11,010 kes Covid-19 di Filipina

MANILA 9 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 11,010 kes tambahan Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,654,450.

Pada masa yang sama, sebanyak 273 orang dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 39,505 orang.

Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 2,508,387 orang apabila 22,529 orang dilaporkan sembuh.

Sebanyak 106,558 kes aktif dilaporkan berkurangan berbanding 118,203 semalam.

Related posts

Leave a Comment