SINGAPURA 9 Okt. – Singapura akan mengambil masa tiga hingga hingga enam bulan untuk mencapai “norma baharu “, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Selepas tempoh itu Singapura boleh melonggarkan langkah-langkah sekatan dan memperkenalkan langkah pengurusan selamat yang “ringan”, dengan jumlah kes stabil mungkin dengan ratusan kes sehari tetapi tidak meningkat.

Katanya, di bawah norma baharu , hospital-hospital boleh “beroperasi seperti biasa” dan masyarakat boleh menyambung semula aktiviti seperti sebelum pandemik dan melihat orang ramai “tanpa berasa bimbang atau aneh”.

“Hanya segelintir negara sudah berada di peringkat itu, misalnya di Eropah. Namun mereka menanggung akibat yang teruk, kerana ramai yang terkorban.

“Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan, dan mungkin selama enam bulan untuk kita mengecapi “norma baru”, katanya dalam perutusan khas berkaitan Covid-19.

Lee yang akur bahawa beberapa bulan mendatang ini akan “mencabar” berkata kenaikan kes itu “diharapkan” akan susut dan merosot dalam masa sekurang-kurangnya sebulan.

“Sedang tekanan ke atas sistem jagaan kesihatan semakin berkurangan, kita boleh melonggarkan sekatan. Namun kita perlu berbuat demikian dengan berhati-hati bagi mengelak tercetus gelombang baharu jangkitan.” katanya.

Beliau berkata, kemunculan varian Delta yang “sangat mudah berjangkit” meletakkan Singapura dalam “situasi yang berubah-ubah..

“Meskipun seluruh penduduk kita sudah divaksin, kita masih tidak boleh menghapuskannya menerusi perintah berkurung dan langkah pengurusan selamat. Hampir setiap negara sudah menerima hakikat ini,” katanya.

Meskipun dengan langkah pengurusan selamat yang menyeluruh bagi mengawal kes Covid-19, virus itu akan menular “pantas” sekali lagi sebaik sahaja Pemerintah melonggarkan langkah-langkah sekatan.

Beliau menjelaskan, strategi sifar Covid-19 bermakna hampir kesemua penduduk belum pernah dijangkiti Covid-19, menjadikan daya imun semula jadi mereka rendah.

Selain itu, individu sudah divaksin tetap berdepan “sedikit risiko” dijangkiti.

“Sedang negara ini bersiap sedia menyaksikan lebih banyak kes Covid-19 “untuk tempoh yang agak panjang”, Singapura tidak boleh terus melaksanakan sekatan menyeluruh dan menutup sempadan negara selama-lamanya.

“Ia tidak akan berkesan, dan ia memerlukan kos tinggi. Kita tidak akan dapat meneruskan kehidupan kita, menyertai kegiatan-kegiatan sosial, membuka sempadan kita, dan memulihkan ekonomi kita…Semua ini menyebabkan tekanan psikologi dan emosi, dan kelelahan mental.” katanya.

Related posts

Leave a Comment