3,410 kes baharu Filipina

MANILA 31 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 3,410 kes harian Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,787,276.

Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 128 lagi kematian akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah mereka yang meninggal dunia 43,172 orang.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 5,825 orang pesakit dilaporkan sembuh sekaligus meningkatkan jumlah pulih sebanyak 2,698,871 orang.

Kes aktif pula 45,233  berbanding 47,690 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment