Singapura catat 3,163 kes baharu

SINGAPURA 31 Okt. – Sehingga tengah hari ini, Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura merekodkan 198,374 kes Covid-19 dan 407 orang meninggal dunia akibat komplikasi koronavirus Covid-19.

Menurut MoH, setakat pukul 12 tengah hari,  sebanyak 3,163 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan yang melibatkan 2,745 kes dalam kalangan masyarakat, 414 kes di asrama pekerja asing dan empat kes import.

Jumlah kematian pula 13 orang yang berumur antara 57 hingga 89 tahun di mana kesemua pesakit, kecuali dua yang belum lengkap atau belum divaksin serta menghidap pelbagai penyakit.

Sebanyak 284 pesakit memerlukan sokongan oksigen di wad biasa, 69 pesakit tidak stabil dan dipantau rapi di ICU dan, 61 dalam keadaan tenat.

Sementara itu, sebanyak 84 peratus penduduk telah divaksin dengan dua dos sementara 85 peratus satu dos dan 15 peratus disuntik dos perangsang.

Related posts

Leave a Comment