65 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 31 Okt. – Brunei Darussalam hari ini merekodkan 65 kes baharu Covid-19, kurang daripada semalam yang merekodkan 110 kes dan menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 13,130.

Menteri Kesihatan Dr. Md Isham Jaafar berkata, satu lagi kematian dilaporkan yang ke-54, melibatkan seorang wanita berusia 76 tahun yang menghadapi masalah paru-paru selepas dijangkiti Covid-19.

Katanya, 35 kes tambahan baharu berkait dengan 13 kluster yang masih aktif manakala 26 kes masih dalam siasatan punca jangkitan dan satu kluster baharu dikesan dengan empat kes.

Beliau juga memaklumkan sebanyak tujuh kluster ditutup selepas tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari lalu

Sebanyak 198 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 11,288 orang.

Sementara kes aktif pula sebanyak 1,752 dan enam kes dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment