Kadar kebolehjangkitan naik 0.96

PUTRAJAYA 31 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt di Malaysia terus menunjukkan peningkatan apabila mencatatkan kadar 0.96 semalam berbanding 0.95 pada hari  sebelumnya.

Empat negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur dengan masing-masing pada kadar 1.02 manakala Putrajaya dan Melaka masing-masing 0.97.

Sebelas negeri mencatatkan nilai R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Selangor 0.95, Sabah 0.95, Kedah 0.94, Pahang 0.94, Perlis 0.92, Perak 0.89, Johor 0.87, Terengganu 0.87, Pulau Pinang 0.86, Kelantan 0.86 dan Sarawak 0.83.

Labuan merekodkan satu kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment