Covid-19: TKM Sarawak meninggal dunia

KUCHING 31 Okt. – Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing meninggal dunia pagi ini akibat komplikasi selepas disahkan positif Covid-19.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.05 pagi di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching.

Masing sebelum ini telah dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif Covid-19 pada 28 September lalu.

Masingm veteran politik yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri pada era pemerintahan Adenan Satem dan Abang Johari Tun Openg.

Masing, 72 turut memegang portfolio Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 28 September sebelum ditidurkan apabila komplikasi semakin teruk.

Pada minggu lalu, beliau dipindahkan ke Pusat Rawatan Pakar Normah untuk rawatan lanjut.

Sebelum itu, pada 31 Mei, adiknya Jantai Masing juga meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.

Dalam catatan di Facebooknya mengenai kematian Jantai, mendiang berkata:

“Rasa hiba kehilangan seseorang yang tidak dapat anda pegang atau lihat buat kali terakhir satu yang tidak dapat ditanggung. Ia satu perasaan yang menyedihkan,”.

Masing yang merupakan graduan Victoria University mula terlibat dalam politik pada 1983 apabila menjadi ADUN Baleh atas tiket Parti Bansa Dayak Bersatu.

Sejak itu, beliau bertahan di kerusi tersebut selama sembilan penggal, termasuk tiga penggal atas lambang PRS.

Antara jawatan yang pernah dipegang beliau sebelum ini adalah sebagai Menteri Kemajuan Tanah, Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi serta Menteri Pelancongan.

Sementara itu, melalui FB, mendiang pada 28 September, dalam  menulis:

“To all those concern, I had symptoms of fever, cough, loss of apetite and water in my lungs (Category 3) but I am coping.

As I lay on my ICU hospital bed in SGH, Kuching, trying to recover from covid19 attack, I thought that after 2 full doses of vaccine,  I will be safe from covid19 attacked. But I am not safe! I just hope the severity will not be there. Only time will tell.

If I am free from covid19 disastrous impact, VACCINE is indeed the TOOL  to fight covid19. I would advise those who havent been vaccinated to do so asap. You must take covid19 pandemic very seriously.

This picture was taken before I was taken away by the ambulance,”

(Foto kiri dari FB 28 Sept)

Related posts

Leave a Comment