3,112 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 31 Okt. – Sebanyak 3,112 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat pukul 12 tengah hari semalam menjadikan jumlah keseluruhan 195,211 kes.

Daripada 3,122 kes itu, sebanyak 2,608 adalah kes dalam masyarakat, 500 kes di asrama pekerja asing dan lima kes import.

Kementerian Kesihatan (MoH) dalam satu kenyataan juga memaklumkan mengenai

14 lagi kematian melibatkan individu berusia 63 hingga 98 tahun dan kesemuanya mempunyai masalah kesihatan yang lain.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meninggal dunia sebanyak 394 orang.

Mengenai situasi kes rawatan, sebanyak 267 orang memerlukan sokongan oksigen di wad biasa, 69 orang tidak stabil dan dipantau rapi di ICU, 60 kes dalam keadaan tenat,

Related posts

Leave a Comment