MANILA 26 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 20,755 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,490,858
Setakat pukul 5 petang ini, jumlah pesakit yang sembuh meningkat kepada 2,292,006 orang atau 92.0 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 24,391 yang dilaporkan pulih hari ini.
Jumlah terkini individu yang meninggal dunia bagaimanapun tidak dilaporkan disebabkan masalah teknikal dan jumlah keseluruhan kematian kekal sebanyak 37,405 orang.
Kes aktif pula adalah 161,447, kurang daripada 165,092 yang direkodkan semalam.
Sementara itu sehingga 25 September, sebanyak 43,815,426 dos vaksin Covid-19 diberikan