India catat 3,874 kematian

INDIA pada pada Khamis, 20 Mei melaporkan lagi 276,110 kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, sementara angka kematian pula adalah sejumlah 3,874 orang.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara Asia Selatan itu kini pada angka 25.77 juta, dengan kes kematian keseluruhan sebanyak 287,122 kes.

Sementara itu, vaksin yang dihasilkan di China diharap dapat menangani penularan varian baharu yang sedang mengancam India.

Menurut pakar kawalan penyakit berjangkit, bekalan vaksin tersebut diyakini dapat memberi perlindungan tambahan ‘ke tahap tertentu’, berdasarkan hasil penyelidikan awal.

Bercakap dalam satu taklimat media, Shao Yiming, seorang penyelidik dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit China, bagaimanapun tidak menyebut jenis vaksin atau varian yang dimaksudkan.

Related posts

Leave a Comment