Kadar kebolehjangkitan 0.91

PUTRAJAYA 27 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia mencatatkan sedikit  peningkatan semalam iaitu 0.92 berbanding 0.91 pada hari sebelumnya.

Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Pahang yang merekodkan kadar tertinggi dengan mencatatkan 1.02.

Ini diikuti Perak 0.98, Putrajaya 0.98, Perlis 0.97, Kelantan 0.97, Terengganu 0.96, Johor 0.94, Melaka 0.92 dan Sarawak 0.92.

Sementara itu, enam negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Pulau Pinang 0.90, Selangor 0.89, Negeri Sembilan 0.87, Sabah 0.87, Kedah 0.85 dan Kuala Lumpur 0.85.

Labuan mencatatkan empat kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment