Brunei catat 254 kes

BERAKAS 26 Sept. – Kementerian Kesihatan merekodkan 254 kes jangkitan Covid-19 dan tiga kluster baharu yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada  6,540 orang.

Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, terdapat 111 tambahan kes baharu kepada 15 kluster aktif yang sedia ada yang merupakan kontak-kontak terdekat kepada beberapa kes positif sebelumnya.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, Dr. Md Isham berkata, terdapat tiga kluster baharu dikesan yang membawa kepada jumlah kluster aktif 106.

Kluster Permata Leo Vessel merekodkan 10 kes; Kluster Salvin Princess Vessel melibatkan enam kes; dan enam kes Kampong Pengkalan Gadong Swab Sweep.

Manakala 121 kes baharu masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan.

“Sementara itu sebanyak 138 kes disahkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan pulih sebanyak 4,326 kes dengan 2,170 kes aktif,”:katanya.

Dalam kalangan kes yang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, lapan kes adalah dalam Kategori 5 dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif. Kesemua mereka memerlukan bantuan mesin pernafasan (artificial ventilation) dengan satu kes memerlukan bantuan mesin tambahan Heart / Lung Machine (ECMO).

Sebanyak 34 kes lain dikategorikan dalam Kategori 4 iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan adalah di bawah pemantauan rapi.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 5,508 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 335,986.

Related posts

Leave a Comment