Arab Saudi catat 44 kes baharu

RIYADH 26 Sept. – Arab Saudi terus merekodkan jumlah jangkitan Covid-19 di bawah 50 kes apabila mencatatkan 44 kes baharu hari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MoH), dalam tempoh 24 jam juga, lima orang meninggal dunia akibat Covid-19.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 546,926 dengan jumlah kematian pula 8,699.

MoH juga memaklumkan, 58 orang pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah pesakit pulih meningkat kepada 535,950 orang.

Sementara itu Riyadh merekodkan 11 kes baharu diikuti Jeddah yang mencatatkan tujuh kes.

Sebanyak 2, 277 kes aktif dilaporkan dan 244 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment