SINGAPURA 28 Sept. – Singapura menghantar 122,400 dos vaksin Covid-19 AstraZeneca ke Thailand dalam membantu usaha negara itu mengatasi Covid-19. Menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA), sumbangan kepada Thailand itu juga termasuk 200,000 ujian diagnostik dan 500,000 ujian swab hidung. MFA dalam satu kenyataan, berkata, Singapura dan Thailand adalah teman rapat dengan hubungan dua hala yang terjalin kukuh dan lama. “Sumbangan kami mengukuhkan komitmen kedua-dua negara untuk mengharungi pandemik ini bersama,” kata MFA. Duta Singapura di Bangkok Kevin Cheok menyerahkan bekalan itu kepada Timbalan Perdana Menteri Thailand merangkap Menteri Kesihatan…
Read MoreMonth: September 2021
Singapura siap siaga hadapi 5,000 kes
SINGAPURA 28 Sept. – Pemerintah sedang mempertingkatkan sumber untuk bersiap siaga bagi menghadapi kemungkinan kes harian Covid-19 mencecah lebih 5,000 di mana sekitar 10 peratus atau 500 orang mungkin perlu dimasukkan ke hospital. Menteri Kewangan Lawrence Wong dalam wawancara bersama Bloomberg Television berkata, pesakit sekurang-kurangnya akan berada di hospital selama seminggu. Wong berkata walaupun 0.2 peratus daripada kes positif Covid-19 memerlukan rawatan dalam unit jagaan rapi (ICU) sekitar 50 kali ganda jumlah pesakit memerlukan pemantauan rapi di hospital kerana mereka mungkin lebih berusia, mempunyai simptom serius atau lebih banyak penyakit…
Read MoreBiden terima suntikan dos penggalak
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 bagi memberi keyakinan kepada rakyat AS mengenai keperluan mendapatkan suntikan tambahan. Biden, 78 berkata dos penggalak amat penting namun perkara yang lebih penting adalah memastikan seramai mungkin individu mendapatkan vaksin berikutan kira-kira 23 peratus rakyat AS belum menerima suntikan vaksin. Menurut Biden, isterinya Jill juga akan mendapat dos penggalak tidak lama lagi. Minggu lalu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyokong dos tambahan vaksin Pfizer-BioNTech untuk individu berusia 65 tahun ke atas, orang dewasa keadaan kesihatan tertentu…
Read MoreRentas daerah ikut zon di Sabah
KOTA KINABALU 28 Sept. – Kerajaan Sabah akan membenarkan sistem rentas daerah mengikut enam zon mulai 1 Oktober ini, kata jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan Covid-19, Masidi Manjun. Bagaimanapun kebenaran itu bersyarat iaitu semua daerah dalam setiap zon mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk lengkap menerima vaksin. “Kita bercadang balik kepada sistem zon mulai 1 Oktober ini dengan syarat semua daerah dalam setiap zon mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk lengkap vaksin,” katanya dalam ciapan di twitter. Enam zon yang ditetapkan, iaitu Zon 1 ialah Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Penampang, Putatan…
Read MoreMenghampiri 90 peratus lengkap vaksin
PUTRAJAYA 28 Sept. – Hanya berbaki 5.6 peratus, Malaysia akan mencapai sasaran 90 peratus populasi dewasa lengkap vaksin. Setakat malam tadi, seramai 19,753,742 individu atau 84.4 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19. Berdasarkan portal COVIDNow hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 93.9 peratus atau 21,968,698 daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi keseluruhan, seramai 19,784,628 individu atau 60.6 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19. Manakala 70.5 peratus atau 23,007,292 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Selain itu, seramai 30,886…
Read MoreBerita pilihan…
258 kematian baharu Covid-19
PUTRAJAYA 28 Sept. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 258 kematian baharu direkodkan akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 25,695 kes. Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 75 daripada 278 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu. Tunggakan kes itu berlaku kerana proses bagi mengesahkan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat wabak itu, memakan masa. Portal GitHub menunjukkan hanya…
Read MoreKadar kebolehjangkitan turun 0.90
PUTRAJAYA 28 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia mencatatkan penurunan semalam iaitu 0.90 berbanding 0.92 pada hari sebelumnya. Pulau Pinang menyamai purata kebangsaan sementara Pahang merekodkan kadar tertinggi dengan 1.00. Ini diikuti Putrajaya 0.99, Perlis 0.99, Kelantan 0.97, Terengganu 0.97, Perak 0.97, Melaka 0.97, Johor 0.93 dan Sarawak 0.93. Lima negeri merekodkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Selangor 0.88, Negeri Sembilan 0.88, Sabah 0.86, Kedah 0.85 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.84 Labuan tidak merekodkan sebarang kes baharu Covid-19. Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah…
Read MoreMedia Hari Ini 28.09.2021
Kes sembuh atasi kes positif
JAKARTA 27 Sept. – Kes sembuh harian mengatasi kes positif Covid-19 di Indonesia hari ini apabila merekodkan 3,771 pesakit sembuh berbanding jumlah kes kes positif pula sebanyak 1,390. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 4,027,548 orang manakala jumlah kes positif pula 4,209,403. Jumlah kes aktif pula berkurangan sebanyak 2,499 menjadikan 40,270. Sementara kes pesakit meninggal dunia pula adalah 118 orang menjadikan jumlah kumulatif 141,585. Lima provinsi menambah pesakit sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Barat sebanyak 429 orang dan kumulatifnya 684.355, diikuti Sumatera Utara 316 (99.539), Jawa Timur 287…
Read More