Jemaah tak patuh SOP cetus kluster

KOTA KINABALU 29 Mei – Jemaah yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menyebabkan wujudnya Kluster Patuma yang sehingga ini menjangkiti 11 orang, kata Menteri Kerajaan dan Perumahan negeri Masidi Manjun.

Kluster berkenaan mula direkodkan pada 18 Mei lepas, menerusi saringan bergejala di sebuah klinik swasta.

Masidi yang juga jurucakap rasmi berkaitan Covif-19 Sabah berkata, indeks kluster itu merupakan seorang bilal berusia 55 tahun di Masjid Al Falah, Kepayan di sini

Dalam kenyataan media malam ini, beliu berkata siasatan awal mendapati individu itu dipercayai mendapat jangkitan daripada jemaah, yang gagal mematuhi SOP ketat sepanjang berada di masjid terbabit.

Potensi penularan juga disumbang oleh segelintir jemaah yang masih hadir ke masjid walaupun mempunyai gejala…susulan kes itu pasukan kawalan bertindak pantas dengan menjalankan saringan kontak dan mendapati 10 lagi kes positif Covid-19.

“Setakat hari ini, 133 sampel pertama telah diambil dan 33 sampel lagi masih belum selesai,” katanya.

Mengenai situasi di negeri ini Masidi berkata, Sabah hari ini merekodkan 265 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif 61,847 kes, manakala kes sembuh dan dibenarkan keluar hospital seramai 153 orang menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh di Sabah ialah 59,391.

“Empat kes kematian direkodkan di Sabah hari ini iaitu dua di Kota Belud dan masing-masing satu di Kuala Penyu dan Kota Kinabalu,” katanya.

Related posts

Leave a Comment