258 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 28 Sept. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 258 kematian baharu direkodkan akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 25,695 kes.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 75 daripada 278 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Tunggakan kes itu berlaku kerana proses bagi mengesahkan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat wabak itu, memakan masa.

Portal GitHub menunjukkan hanya empat kes kematian dilaporkan berlaku semalam, namun angka itu boleh berubah sekiranya terdapat kes kematian yang masih belum dikemas kini.

Berdasarkan purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari, trend kematian pesakit Covid-19 menunjukkan penurunan selaras peningkatan jumlah populasi lengkap divaksin serta yang menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Daripada 258 kes kematian yang dilaporkan semalam, 56 daripadanya adalah di Selangor, disusuli Johor (53), Kedah (46), Kuala Lumpur (25),Pulau Pinang (21), Sarawak (19), Sabah (12), Kelantan, Perak dan Pahang masing-masing (5),Terengganu dan Melaka (4), Perlis (2) serta Negeri Sembilan (1).

Negeri dan wilayah yang mencatatkan sifar kes kematian semalam adalah Labuan dan Putrajaya.

Related posts

Leave a Comment