Menghampiri 90 peratus lengkap vaksin

PUTRAJAYA 28 Sept. – Hanya berbaki 5.6 peratus, Malaysia akan mencapai sasaran 90 peratus populasi dewasa lengkap vaksin.

Setakat malam tadi, seramai 19,753,742 individu atau 84.4 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Berdasarkan portal COVIDNow hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 93.9 peratus atau 21,968,698 daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi keseluruhan, seramai 19,784,628 individu atau 60.6 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Manakala 70.5 peratus atau 23,007,292 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Selain itu, seramai 30,886 atau 1.0 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Sebanyak 323,335 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 42,699,197 dos.

Related posts

Leave a Comment