Biden terima suntikan dos penggalak

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 bagi memberi keyakinan kepada rakyat AS mengenai keperluan mendapatkan suntikan tambahan.

Biden, 78 berkata dos penggalak amat penting namun perkara yang lebih penting adalah memastikan seramai mungkin individu mendapatkan vaksin berikutan

kira-kira 23 peratus rakyat AS belum menerima suntikan vaksin.

Menurut Biden, isterinya Jill juga akan mendapat dos penggalak tidak lama lagi.

Minggu lalu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyokong dos tambahan vaksin Pfizer-BioNTech untuk individu berusia 65 tahun ke atas, orang dewasa keadaan kesihatan tertentu dan orang dewasa yang bekerja dalam risiko tinggi.

Biden menolak kritikan bahawa AS harus memberikan lebih banyak vaksin di seluruh dunia sebelum membenarkan dos penggalak.

Jelasnya, Amerika Syarikat membantu dan akan lakukan lebih banyak usaha dengan kerjasama negara lain.

Related posts

Leave a Comment