Kadar kebolehjangkitan turun 0.90

PUTRAJAYA 28 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia mencatatkan penurunan semalam iaitu 0.90 berbanding 0.92 pada hari sebelumnya.

Pulau Pinang menyamai purata kebangsaan sementara Pahang merekodkan kadar tertinggi dengan 1.00.

Ini diikuti Putrajaya 0.99, Perlis 0.99, Kelantan 0.97, Terengganu 0.97, Perak 0.97, Melaka 0.97, Johor 0.93 dan Sarawak 0.93.

Lima negeri merekodkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Selangor 0.88, Negeri Sembilan 0.88, Sabah 0.86, Kedah 0.85 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.84

Labuan tidak merekodkan sebarang kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment