Covid-19 cecah lebih 232 juta kes

WASHINGTON: Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini (pagi 29 September) melebihi 232 juta berikutan lebih 400,000 kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Data terkini Universiti Johns Hopkins menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan 43 juta kes disusuli India lebih 33.6 juta kes dan Brazil lebih 21.3 juta kes.

United Kingdom, Rusia, Perancis dan Turki adalah antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes.

Argentina mencatatkan lebih 5 juta kes diikuti dengan Colombia dan Sepanyol yang semakin menghampiri jumlah tersebut.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan menghampiri 4.2 juta kes diikuti Filipina dengan lebih 2.5 juta, Malaysia lebih 2 juta kes, Thailand 1.5 juta kes, manakala Singapura lebih 91,000 kes.

Sementara itu, jumlah yang meninggal dunia akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.76 juta dengan AS merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 692,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 594,000 kes, India lebih 447,000 kes, Mexico lebih 275,000 kes, dan Rusia lebih 200,000 kematian.

United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kematian.

Jerman merekodkan lebih 93,000 kes sementara Sepanyol melebihi 86,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia merekodkan  lebih 141,000 kematian, diikuti Filipina  lebih 37,000, Malaysia dengan 25,000 kes, manakala Thailand lebih 16,000 kematian.

Related posts

Leave a Comment