240 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 29 Sept. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 240 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19, semalam (28 September) menjadikan jumlah keseluruhan 25,935 kes.

Data KKM di portal COVIDNOW, daripada jumlah itu, 71 kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak kerana ada di antara kes meninggal dunia itu berlaku beberapa minggu lalu.

Tunggakan kes itu berlaku kerana proses bagi mengesahkan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik itu mengambil masa.

Portal GitHub menunjukkan hanya lima kes kematian dilaporkan berlaku semalam, bagaimanapun angka itu boleh berubah sekiranya terdapat kes kematian yang masih belum dikemas kini.

Berdasarkan purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari, trend kematian pesakit Covid-19 menunjukkan penurunan kepada 89 kes.

Ia selaras peningkatan jumlah populasi lengkap divaksin serta yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment