Kadar kebolehjangkitan turun lagi

PUTRAJAYA 29 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam terus mencatatkan penurunan iaitu 0.88 berbanding 0.90 pada hari sebelumnya dan 0.92 pada 26 September lalu.

Pulau Pinang dan Negeri Sembilan menyamai purata kebangsaan iaitu 0.88 manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan kadar tertinggi dengan 1.01.

Ini diikuti Terengganu 1.00, Pahang 0.99, Perlis 0.98, manakala  Kelantan, Perak, Melaka dan Sarawak masing-masing merekodkan 0.96 dan Johor mencatatkan 0.93.

Empat negeri merekodkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Selangor 0.87, Kedah 0.86, Sabah 0.85 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.84.

Labuan merekodkan tiga kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment