12,607 berjaya ke Langkawi

LANGKAWI 25 Sept. – Pasangan suami isteri dan dua lagi individu tidak dibenarkan menaiki feri di Terminal Feri Kuala Kedah selepas dikesan positif Covid-19 semalam. Suami isteri itu masing-masing berusia 30 tahun manakala dua lagi merupakan seorang lelaki berusia 26 tahun dan wanita berusia 40-an. Mereka dikesan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika pemeriksaan pengesanan Covid-19 di terminal tersebut sebelum menaiki feri pukul 1.30 petang. Ketua Polis Kedah Kamarul Zaman Mamat berkata, mereka dikesan positif selepas melakukan ujian kendiri saliva yang menunjukkan keputusan dijangkiti Covid-19. Beliau memaklumkan, polis telah meminta…

Read More

82.5 peratus lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 25 Sept. – Setakat semalam, 19,336,889 individu atau 82.5 peratus daripada populasi dewasa sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 manakala 93.6 peratus atau 22,599,346 menerima sekurang-kurangnya satu dos. Berdasarkan data di portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) juga memaklumkan, seramai 23,703 individu atau 0.8 peratus daripada populasi remaja lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19. Bagi kedua-dua populasi, sebanyak 273,373 dos suntikan vaksin diberikan semalam membabitkan 116,881 dos pertama dan 156,492 dos kedua. Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 41,847,256…

Read More

1,650 kes harian tertinggi

SINGAPURA 25 Sept. – Selama empat hari berturut-turut, Singapura terus mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi dengan jumlah yang direkodkan pada Jumaat sebanyak 1,650 kes,  paling tinggi setakat ini. Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan (MoH) dalam kenyataan malam tadi turut merekodkan tiga kematian yang membawa jumlah kematian keseluruhan meningkat kepada 73 manakala kumulatif kes 84,506. Semua 1,646 kes jangkitan tempatan itu terdiri daripada 1,369 kes dalam masyarakat dan 277 penghuni asrama pekerja. Kematian pertama adalah, seorang rakyat Singapura berusia 79 tahun yang meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan Covid-19 pada Jumaat.…

Read More

Singapura had perhimpunan sosial

SINGAPURA 25 Sept. – Mulai Isnin ini, had perhimpunan sosial di Singapura dikurangkan daripada maksimum lima kepada dua orang dalam usaha pemerintah mengekang penularan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), ini termasuk kumpulan yang dibenarkan untuk duduk makan di cawangan makanan dan minuman (F&B) akan dikurangkan daripada lima kepada dua orang yang sudah lengkap divaksin. Individu-individu yang belum divaksin dengan keputusan negatif ujian praacara yang sah, mereka yang sudah sembuh daripada jangkitan dan kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah boleh membentuk kumpulan dua orang di F&B.…

Read More

Fasa penstabilan hadapi lonjakan

SINGAPURA 25 Sept. – Singapura akan menjalani Fasa Penstabilan selama sebulan bermula 27 September hingga 24 Oktober depan, untuk memperlahankan penularan virus Covid-19 dalam masyarakat. Di bawah fasa tersebut, antara lain, kerja dari rumah akan dianggap gagal hadir bagi pekerja yang boleh ke tempat kerja; dan saiz kumpulan yang dibenarkan untuk perhimpunan sosial akan dikurangkan kepada maksimum dua orang berbanding lima Langkah itu berikutan lonjakan  kes Covid-19 dengan cepat yang mencetuskan “tekanan serius” terhadap sumber-sumber hospital meskipun para pesakit dipindahkan ke kemudahan jagaaan masyarakat dan menjalani pemulihan di rumah. Pengerusi…

Read More

250 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 25 Sept. – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sejumlah 250 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 24,931 kes, iaitu 1.15 peratus daripada 2,166,445 kes positif. Data KKM di portal COVIDNOW memaklumkan sejumlah 49 daripada 250 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak dengan ada di antaranya kes meninggal dunia beberapa minggu lalu. Tunggakan kes itu berlaku kerana proses bagi mengesahkan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat wabak itu…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.90

PUTRAJAYA 25 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia kekal pada 0.90 semalam sama seperti hari sebelumnya. Sebanyak sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Pahang dengan 1.01. Ini diikuti Terengganu 0.99, Perlis 0.99, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.98, Perak 0.98, Johor 0.98, Sarawak 0.97, Kelantan 0.97 dan Melaka 0.91. Sementara itu, enam negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Pulau Pinang 0.89, Sabah 0.88, Negeri Sembilan0.87, Selangor 0.87, Kuala Lumpur 0.85 dan Kedah 0.85. Labuan mencatatkan sifar kes baharu Covid-19. Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun…

Read More

Rentas negeri beberapa minggu lagi

PUTRAJAYA 24 Sept. – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan ‘dalam beberapa minggu lagi’ berikutan 81 peratus populasi dewasa dalam negara sudah melengkapkan vaksinasi. Katanya, dalam tempoh beberapa minggu saja lagi, ia boleh mencapai kadar 90 peratus untuk mendapatkan kelonggaran rentas negeri itu. “In shaa-Allah, sabar. Tunggu beberapa minggu lagi saya percaya 90 peratus dapat dicapai dan kelonggaran diberi untuk rentas negeri,” kata Ismail Sabri yang menyifatkan pengumuman mengenai kebenaran rentas negeri itu sebagai sesuatu yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia. “Kalau Rabu lalu…

Read More