Kadar kebolehjangkitan 0.90

PUTRAJAYA 25 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia kekal pada 0.90 semalam sama seperti hari sebelumnya.

Sebanyak sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Pahang dengan 1.01.

Ini diikuti Terengganu 0.99, Perlis 0.99, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.98, Perak 0.98, Johor 0.98, Sarawak 0.97, Kelantan 0.97 dan Melaka 0.91.

Sementara itu, enam negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Pulau Pinang 0.89, Sabah 0.88, Negeri Sembilan0.87, Selangor 0.87, Kuala Lumpur 0.85 dan Kedah 0.85.

Labuan mencatatkan sifar kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment