82.5 peratus lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 25 Sept. – Setakat semalam, 19,336,889 individu atau 82.5 peratus daripada populasi dewasa sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 manakala 93.6 peratus atau 22,599,346 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berdasarkan data di portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) juga memaklumkan, seramai 23,703 individu atau 0.8 peratus daripada populasi remaja lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Bagi kedua-dua populasi, sebanyak 273,373 dos suntikan vaksin diberikan semalam membabitkan 116,881 dos pertama dan 156,492 dos kedua.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 41,847,256 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Related posts

Leave a Comment