Denda £800 majlis sosial di UK

BRITAIN mengambil tindakan lebih tegas bagi mengawal pergerakan rakyatnya dalam menghadapi pandemik Covid-19 dengan mengenakan penalti lebih tinggi terhadap individu yang ingkar arahan berkaitan sekatan pergerakan.

Setiausaha Dalam Negeri United Kingdom (UK) Priti Patel berkata penalti itu termasuk mereka yang mengadakan majlis sosial ketika wabak yang disifatkan tidak bertanggungjawab dan menimbulkan ancaman besar kepada kesihatan awam.

Mereka yang menghadiri parti sosial di rumah lebih daripada 15 individu akan dikenakan denda sebanyak 800 pound (RM4,400) mulai minggu depan.

“Hari ini saya mengumumkan bahawa pada minggu depan, kita akan memperkenalkan denda 800 paun (RM4,400) bagi mereka yang menghadiri parti di rumah, yang akan berlipat ganda untuk setiap kesalahan berulang sehingga tahap maksimum 6,400 paun (RM35,400).

“Denda ini akan dikenakan untuk mereka yang menghadiri perhimpunan haram lebih dari 15 orang di rumah. Tingkah laku tidak bertanggungjawab seperti itu menimbulkan ancaman bukan sahaja kepada yang hadir, tetapi kepada anggota polis yang yang terpaksa hadir untuk menyuraikannya,” tegasnya.

Sementara itu, Ketua Majlis Polis Nasional, Martin Hewitt berkata, polis tidak akan lagi berkompromi.

“Perhimpunan di mana orang-orang berada dalam jarak dekat satu sama lain di ruang tertutup akan membiarkan virus tersebar dan sesiapa yang menganjurkannya akan diberi notis hukuman tetap dan begitu juga mereka yang memilih untuk hadir.

“Ini mengenai isu menyelamatkan nyawa ketika kita melihat mereka yang membahayakan orang lain dan diri mereka sendiri, kita tidak akan membuang masa untuk berusaha berdebat dengan mereka, mereka tidak menghiraukan keselamatan orang lain bahkan diri sendiri, ” katanya.

Related posts

Leave a Comment