250 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 25 Sept. – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sejumlah 250 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 24,931 kes, iaitu 1.15 peratus daripada 2,166,445 kes positif.

Data KKM di portal COVIDNOW memaklumkan sejumlah 49 daripada 250 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak dengan ada di antaranya kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Tunggakan kes itu berlaku kerana proses bagi mengesahkan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat wabak itu memakan masa.

Berdasarkan purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari, trend kematian pesakit Covid-19 menunjukkan penurunan selaras peningkatan jumlah populasi lengkap divaksin serta yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat semalam, sejumlah 59.2 peratus daripada keseluruhan populasi negara sudah menerima dos lengkap vaksin Covid-19, dan 69.2 peratus pula mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Daripada 324 kes kematian yang dilaporkan semalam, 65 daripadanya adalah di Selangor, disusuli Sabah (43), Johor (41), Pulau Pinang (20), Sarawak (16), Perak (14), Kedah (6), Kelantan (14), Pahang (9), Kuala Lumpur (6), Terengganu (6), Negeri Sembilan (4), Melaka (3) dan Perlis (3).

Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya tidak merekodkan sebarang kes kematian.

Related posts

Leave a Comment