Arab Saudi catat 39 kes harian

RIYADH 25 Sept. – Selepas merekodkan 51 kes jangkitan Covid-19 pada Jumaat semalam, Arab Saudi terus menyaksikan penurunan kes hari ini dengan mencatatkan 39 kes baharu. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 546,882. Enam kematian juga direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,694 orang meninggal dunia akibat komplikasi koronavirus Covid-19. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 50 orang dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 535,892 orang pulih. Sementara itu  Riyadh dan Makkah masing-masing merekodkan 12 kes harian, diikuti daerah Timur empat kes, Madinah tiga,…

Read More

Kes sembuh 3,746 positif 2,137

JAKARTA 25 Sept. – Kes sembuh mengatasi jumlah kes positif Covid-19 hari ini apabila 3,746 pesakit dilaporkan sembuh ketika jumlah kes baharu yang dikesan positif sebanyak 2,137 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4.206.253 manakala kes sembuh sebanyak 4,020,801 dan kes aktif pula sebanyak 44,071. Disamping itu, pesakit yang meninggal dunia bertambah lagi sebanyak 123 kes dan kumulatifnya mencapai 141.381 kes. Lima wilayah menambah pesakit sembuh harian tertinggi iaitu Provinsi Aceh 494 orang, diikuti Jawa Timur 368, DI Yogyakarta 249, Sumatera Utara 247 serta Jawa Barat 214 orang.…

Read More

Cuti tiga hari lonjak kes

SEOUL 25 Sept. – Kes harian Covid-19 di Korea Selatan mencecah 3,000 buat pertama kali hari ini ketika penularan yang berpunca daripada cuti tiga hari pada minggu ini terus meningkat. Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) hari ini, negara itu melaporkan 3,273 kes semalam, sehari selepas mencatatkan jumlah rekod kes harian. Dalam kalangan kes baharu itu, 3,245 kes adalah jangkitan tempatan dan 28 merupakan kes import, menjadikan keseluruhan kes Covid-19 di Korea Selatan sebanyak 298,402 dengan 2,441 kematian. Lebih 77 peratus daripada jangkitan tempatan itu berasal dari Seoul…

Read More

Kes harian negara turun

PUTRAJAYA 25 Sept. – Kes harian Covid-19 di Malaysia mencatat sedikit penurunan apabila sejumlah 13,899 direkodkan hari ini, berbanding lebih 14,000 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan jumlah jangkitan yang direkodkan kepada 2,185,131 kes, sejak wabak itu mula dikesan di negara ini awal tahun lalu. Katanya, semua negeri dan wilayah mencatatkan kes baharu, dengan Sarawak mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 2,712 kes, disusuli Selangor (2,341), Johor (1,377) dan Kelantan (1,170). Turut mencatat kes baharu ialah Perak (1,128), disusuli Pulau Pinang (1,060), Sabah (962), Pahang (779),…

Read More

1,650 kes harian tertinggi Singapura

SINGAPURA 25 Sept. – Selama empat hari berturut-turut, Singapura terus mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi dengan jumlah yang direkodkan pada Jumaat sebanyak 1,650 kes,  paling tinggi setakat ini. Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan (MoH) dalam kenyataan malam tadi turut merekodkan tiga kematian yang membawa jumlah kematian keseluruhan meningkat kepada 73 manakala kumulatif kes 84,506. Semua 1,646 kes jangkitan tempatan itu terdiri daripada 1,369 kes dalam masyarakat dan 277 penghuni asrama pekerja. Kematian pertama adalah, seorang rakyat Singapura berusia 79 tahun yang meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan Covid-19 pada Jumaat.…

Read More

16,907 kes baharu di Filipina

MANILA 25 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) merekodkan 16,907 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,470,175. Setakat pukul 5 petang jumlah kes sembuh meningkat kepada 2,267,678 orang apabila 27,120 lagi pesakit dilaporkan sembuh. Bagaimanapun tiada sebarang kes kematian dilaporkan, sama seperti semalam Kes aktif pula sebanyak 165,092 berbanding 175,324. Sementara menjelaskan mengenai tiada laporan kematian, DoH menjelaskan terdapat masalah teknikal berhubung kes kematian. Jabatan Komunikasi dan Teknologi Maklumat akan menangani isu ini dan sebarang kes kematian akan dilaporkan kemudian sebagai kes tertunggak.

Read More

11,975 kes baharu, 127 kematian

BANGKOK 25 Sept. – Thailand merekodkan 11,975 kes baharu Covid-19 dan 127 kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,549,285 kes dan 16,143 orang meninggal dunia. Semalam 12,697 kes direkodkan dengan 132 kematian direkodkan. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 11,883 adalah dalam kalangan penduduk awam termasuk 19 kes import manakala 92 lagi dalam kalangan banduan. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 1,408,602 orang apabila 14,700 lagi pesakit Covid-19 dilaporkan pulih dan dibenarkan keluar hospital. Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) melaporkan dalam kalangan 127 kematian, sebanyak 69 adalah lelaki…

Read More

Vaksin Malaysia tiga tahun lagi

SEREMBAN 25 Sept. – Malaysia dijangka mengeluarkan vaksin Covid-19 pertama seawal tiga tahun lagi, kata Menteri  Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Dr Adham Baba. Katanya, usaha itu sudah bermula dan MOSTI menggunakan teknologi ‘messenger ribonucleic acid’ (mRNA) yang dibangunkan dengan kerjasama tenaga pakar dalam dan luar negara. Selain membangunkan vaksin sendiri, MOSTI juga berkeupayaan untuk membangunkan Pusat Vaksin Kebangsaan (NVC). “Kini usaha mengumpulkan data masih dilakukan dan pengeluaran vaksin menjadi keutamaan kita selepas tidak pernah menjangkakan wabak Covid-19 begitu pantas merebak sehingga menjadi pandemik,” katanya. Beliau berkata, untuk mengeluarkan sesuatu…

Read More

Keluar tanpa BruHealth satu kesalahan

BERAKAS 25 Sept. – Mulai hari ini, hanya mereka yang mempunyai aplikasi BruHealth di telefon bimbit masing-masing atau mereka yang berkongsi aplikasi BruHealth bersama orang lain yang dikenali seperti penjaga, majikan, pengurus atau rakan sahaja yang dibenarkan keluar rumah. “Sesiapa yang gagal mematuhi arahan ini akan dikenakan tindakan undang-undang,” kata Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, semalam. Beliau berkata, tindakan itu selaras dengan peruntukan di bawah Bab 62A Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204. Beliau juga mengingatkan orang ramai…

Read More