Kes harian negara turun

PUTRAJAYA 25 Sept. – Kes harian Covid-19 di Malaysia mencatat sedikit penurunan apabila sejumlah 13,899 direkodkan hari ini, berbanding lebih 14,000 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan jumlah jangkitan yang direkodkan kepada 2,185,131 kes, sejak wabak itu mula dikesan di negara ini awal tahun lalu.

Katanya, semua negeri dan wilayah mencatatkan kes baharu, dengan Sarawak mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 2,712 kes, disusuli Selangor (2,341), Johor (1,377) dan Kelantan (1,170).

Turut mencatat kes baharu ialah Perak (1,128), disusuli Pulau Pinang (1,060), Sabah (962), Pahang (779), Terengganu (760), Kedah (708), Melaka (339), Kuala Lumpur (310), Negeri Sembilan (194), Putrajaya (37), Perlis (17) dan Labuan (lima).

Related posts

Leave a Comment