Kes sembuh 3,746 positif 2,137

JAKARTA 25 Sept. – Kes sembuh mengatasi jumlah kes positif Covid-19 hari ini apabila 3,746 pesakit dilaporkan sembuh ketika jumlah kes baharu yang dikesan positif sebanyak 2,137 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4.206.253 manakala kes sembuh sebanyak 4,020,801 dan kes aktif pula sebanyak 44,071.

Disamping itu, pesakit yang meninggal dunia bertambah lagi sebanyak 123 kes dan kumulatifnya mencapai 141.381 kes.

Lima wilayah menambah pesakit sembuh harian tertinggi iaitu Provinsi Aceh 494 orang, diikuti Jawa Timur 368, DI Yogyakarta 249, Sumatera Utara 247 serta Jawa Barat 214 orang.

Bagi kes positif pula, Jawa Tengah merekodkan 309 kes, diikuti Jawa Timur 215, Jawa Barat 188, DKI Jakarta 133 dan Sumatera Utara 108.

Sementara itu bagi kes aktif, angka tertinggi berada di Jawa Tengah sebanyak 3.385 kes, Jawa Barat 3.691, Kalimantan Utara 2.973, Sumatera Utara 2.648 dan Jawa Timur 2.314.

Selain itu, lima provinsi merekodkan kematian harian tertinggi iaitu di Jawa Timur 17 kes, diikuti Jawa Tengah 12,  Papua 10,  Bali 9  serta Aceh sembilan kes.

Bagi program vaksinasi, penerima vaksin ke-1 terus bertambah dan hari ini sebanyak 569.619 orang dengan totalnya melebihi 85 juta orang atau 85.433.518 orang. Sedangkan yang menerima vaksinasi ke-2 juga meningkat melebihi 47 juta orang atau angka tepatnya 47.996.105 orang termasuk tambahan hari ini sebanyak 287.964 orang.

Related posts

Leave a Comment