11,975 kes baharu, 127 kematian

BANGKOK 25 Sept. – Thailand merekodkan 11,975 kes baharu Covid-19 dan 127 kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,549,285 kes dan 16,143 orang meninggal dunia.

Semalam 12,697 kes direkodkan dengan 132 kematian direkodkan.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 11,883 adalah dalam kalangan penduduk awam termasuk 19 kes import manakala 92 lagi dalam kalangan banduan.

Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 1,408,602 orang apabila 14,700 lagi pesakit Covid-19 dilaporkan pulih dan dibenarkan keluar hospital.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) melaporkan dalam kalangan 127 kematian, sebanyak 69 adalah lelaki dan berumur antara 17 hingga 98 tahun manakala 124 adalah warga Thai, seorang Muanmar dan seorang lagi Kemboja.

Bangkok merekodkan 31 kematian dan 2,123 kes harian

Selain Bangkok yang merekodkan kes harian tertinggi, turut mencatatkan kes adalah  Chon Buri 744, Samut Prakan 738, Yala 632, Rayong 454, Narathiwat 423, Songkhla 401, Ratchaburi 359 dan Samut Sakhon 317.

Kes import pula adalah ketibaan dari Kemboja (6), Malaysia (4), Russia (2) dan setiap satu dari Myanmar, Laos, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu, Bahrain, Perancis dan Singapura.

Kes import ini melibatkan 15 warganegara Thai, dua Rusia serta Amerika dan Malaysia.

Setakat semalam, 124,540 orang mendapatkan rawatan di hospital termasuk 3,323 yang kritikal di mana 729 bergantung kepada bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment