Arab Saudi catat 39 kes harian

RIYADH 25 Sept. – Selepas merekodkan 51 kes jangkitan Covid-19 pada Jumaat semalam, Arab Saudi terus menyaksikan penurunan kes hari ini dengan mencatatkan 39 kes baharu.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 546,882.

Enam kematian juga direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,694 orang meninggal dunia akibat komplikasi koronavirus Covid-19.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 50 orang dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 535,892 orang pulih.

Sementara itu  Riyadh dan Makkah masing-masing merekodkan 12 kes harian, diikuti daerah Timur empat kes, Madinah tiga, Jazan dan Najran (2), AlQassim, Asir,Tabouk dan AlJouf masing-masing merekodkan satu kes.

Terdapat 2,296 kes aktif dan 255 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment