16,907 kes baharu di Filipina

MANILA 25 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) merekodkan 16,907 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,470,175.

Setakat pukul 5 petang jumlah kes sembuh meningkat kepada 2,267,678 orang apabila 27,120 lagi pesakit dilaporkan sembuh.

Bagaimanapun tiada sebarang kes kematian dilaporkan, sama seperti semalam

Kes aktif pula sebanyak 165,092 berbanding 175,324.

Sementara menjelaskan mengenai tiada laporan kematian, DoH menjelaskan terdapat masalah teknikal berhubung kes kematian.

Jabatan Komunikasi dan Teknologi Maklumat akan menangani isu ini dan sebarang kes kematian akan dilaporkan kemudian sebagai kes tertunggak.

Related posts

Leave a Comment