1,650 kes harian tertinggi Singapura

SINGAPURA 25 Sept. – Selama empat hari berturut-turut, Singapura terus mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi dengan jumlah yang direkodkan pada Jumaat sebanyak 1,650 kes,  paling tinggi setakat ini.

Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan (MoH) dalam kenyataan malam tadi turut merekodkan tiga kematian yang membawa jumlah kematian keseluruhan meningkat kepada 73 manakala kumulatif kes 84,506.

Semua 1,646 kes jangkitan tempatan itu terdiri daripada 1,369 kes dalam masyarakat dan 277 penghuni asrama pekerja.

Kematian pertama adalah, seorang rakyat Singapura berusia 79 tahun yang meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan Covid-19 pada Jumaat. Beliau diuji positif Covid-19 pada 8 September.

Lelaki itu belum divaksin dan mempunyai sejarah darah tinggi pulmonari, penyakit pulmonari kronik obstruktif, penyakit Graves, darah tinggi dan hiperlipidaemia.

Kematian kedua adalah seorang rakyat Singapura berusia 83 tahun, meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan jangkitan Covid-19.

Beliau telah divaksin dan mempunyai sejarah kencing manis, penyakit paru-paru restriktif, darah tinggi dan hiperlipidaemia.

Kematian ketiga, rakyat tempatan berusia 86 tahun meninggal dunia disebabkan komplikasi jangkitan Covid-19 pada Jumaat.

Beliau sudahpun divaksin dan mempunyai sejarah penyakit pulomonari kronik obstruktif, penyakit jantung iskemia, bronkiektasis dan darah tinggi selain usianya yang lanjut, sekali gus membuatnya lebih mudah menghidap sakit teruk.

Kes-kes baru termasuk 391 warga emas berusia lebih 60 tahun.

Terdapat 1,092 pesakit yang dimasukkan ke hospital. Kebanyakan mereka sedang beransur pulij dan dipantau.

Sejumlah 162 kes sakit teruk memerlukan bantuan pernafasan dan 23 dalam keadaan tenat di Unit Jagaan Rapi (ICU).

Dalam kalangan mereka yang sakit teruk adalah 151 warga emas berusia lebih 60 tahun.

Sepanjang 28 hari yang lalu, 98 peratus kes tempatan tidak menunjukkan gejala atau mengalami gejala ringan.

Terdapat 297 kes yang memerlukan bantuan penrafasan dan 32 sedang dirawat di ICU. Dalam kalangan mereka, 52.6 peratus lengkap divaksin dan 47.4 peratus sudah menerima satu suntikan vaksin atau belum divaksin.

Related posts

Leave a Comment