SEREMBAN 17 Sept. – Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan mengambil sebarang tindakan pewartaan atau pelaksanaan terhadap proklamasi mengenai kedudukan Yang Dipertuan Besar bertarikh 19 April 2026. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Negeri Sembilan dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan bahawa langkah itu selaras dengan kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) bahawa proklamasi terbabit tidak sah, sekali gus menjadikan tindakan pewartaan sebagai tidak berperlembagaan. Menurut kenyataan itu, dari segi perundangan, kerajaan negeri akur dengan pandangan AGC bahawa ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Negeri Sembilan tidak mempunyai bidang kuasa, autoriti mahupun kuasa…
Read MoreDay: September 17, 2026
Tuanku Muhriz pulang ke istana
SEPANG 17 Sept. – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berangkat tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA T1) pukul 10.40 malam selepas pulang dari luar negara. Keberangkatan tiba baginda disambut dengan laungan ‘Daulat Tuanku’ oleh kira-kira 200 penyokong baginda yang berhimpun di hadapan bilik kenamaan di KLIA sejak pukul 8 malam tadi. Anakanda Tuanku Muhriz, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Datuk Seri Ali Redhauddin, turut hadir bersama penyokong yang menanti ketibaan ayahandanya. Majoriti penyokong memakai baju hitam dengan ramai penyokong lelaki memakai baju…
Read MoreMB, MMKN tiada kuasa kosongkan jawatan
PUTRAJAYA 17 Sept. – Jabatan Peguam Negara (AGC) menjelaskan Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak mempunyai kuasa unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Justeru, kenyataan media atau pengumuman yang dibuat oleh pihak berkenaan tidak mempunyai sebarang kesan di sisi undang-undang. Dalam kenyataannya, AGC berkata, kesahan serta kesan proklamasi berkaitan isu itu hendaklah ditentukan menerusi proses perlembagaan dan undang-undang yang sah, selaras dengan undang-undang, terutama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS 1959). “Jabatan ini telah memberi pandangan awal bahawa proklamasi bertarikh 19…
Read MoreSiri H catat bidaan lebih RM25 juta
SEPANG – Dalam tempoh dua hari sejak dibuka semalam, nombor pendaftaran istimewa siri ‘H’ yang ditawarkan sempena Hari Malaysia mendapat sambutan luar jangka dengan nilai bidaan terkumpul melebihi RM25 juta. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam hantaran di Facebook, memaklumkan hasil bidaan itu bukan sekadar menyumbang kepada hasil kerajaan, malah dikembalikan kepada rakyat menerusi pelbagai program dan inisiatif JPJ. Ia termasuk Program MyLesen dan Program Pertukaran Topi Keledar Percuma selaras dengan komitmen JPJ terhadap kesejahteraan rakyat dan keselamatan jalan raya. Bidaan siri ‘H’ masih dibuka secara dalam talian melalui Sistem Bidaan…
Read MoreProklamasi turun takhta sebulat suara
SEREMBAN 17 Sept. – Menteri Besar, Ismail Lasim mengesahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan diputuskan sebulat suara oleh semua ahli Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) dalam mesyuarat pada Selasa lalu. Beliau berkata, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sudah diminta untuk melaksanakan pewartaan proses proklamasi terbabit mengikut peraturan sedia ada. “Pada hari ini, saya ingin mengesahkan bahawa proklamasi memang sudah dibincangkan dan diputuskan oleh semua ahli Exco secara sebulat suara pada mesyuarat MMK pada Selasa lalu. Proses pewartaan sudah pun kita minta untuk…
Read MoreDua Jumaat bakal berakhir
MASJID TANAH 17 Sept . – Tempoh ‘dua Jumaat’, petunjuk yang diberikan oleh Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh akan berakhir esok sekaligus menandakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka semakin hampir. Ab Rauf ketika ditanya desas-desus pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hanya sekadar menjawab, “tinggal satu Jumaat lagi’ “Tinggal satu Jumaat saja lagi,” katanya berseloroh ketika ditanya media selepas merasmikan Sambutan Hari Warga Emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Hari Kanak-kanak peringkat negeri di Villa d’ Acqua di sini hari ini. Ab Rauf sebelum ini menyatakan DUN Melaka…
Read MoreBantu isi rumah beralih kepada tenaga solar
SEPANG 17 Sept. – Kerajaan wajar membantu lebih banyak isi rumah beralih kepada tenaga solar supaya mereka berpeluang mengurangkan bil elektrik secara berterusan dan pada masa sama satu penyelesaian yang berkesan untuk jangka panjang. Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya juga mencadangkan insentif kepada syarikat dalam industri solar bagi menggalakkan lebih banyak penyedia menawarkan perkhidmatan pemasangan. Katanya, persaingan yang sihat dapat membantu menurunkan harga dan menjadikan pemasangan solar lebih mampu milik. Selain itu berikan rebat kerajaan kepada isi rumah yang memasang sistem solar di mana rebat dapat…
Read MoreBerita pilihan…
Tiada petunjuk kehilangan 5 wartawan
JAKARTA – Memasuki hari ke-10 hari ini, operasi mencari lima wartawan, dua kru bot dan seorang pemandu arah yang hilang di Selat Sunda setakat ini tidak membawa sebarang petunjuk mengenai mereka atau bot laju yang dinaiki. Menurut Ketua Operasi Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Banten Rizky Dwianto, pencarian kini meliputi perairan dari sekitar Selat Sunda hingga ke Lautan Hindi menghala ke Pulau Enggano di luar pantai barat daya wilayah Bengkulu, Sumatera. Kawasan pencarian pula diperluas kepada 8,509 batu nautika persegi, dengan sejumlah 24 kapal daripada pelbagai agensi bersiap sedia di 10…
Read MoreBekas Presiden Kosovo dipenjara 25 tahun
THE HAGUE – Mahkamah Kosovo Specialist Chambers (KSC) di sini memutuskan bekas Presiden Kosovo, Hashim Thaci bersalah atas empat pertuduhan jenayah perang yang dilakukan semasa konflik kemerdekaan Kosovo daripada Serbia pada penghujung 1990-an. Thaci, 58, dijatuhi hukuman penjara 25 tahun atas kesalahan termasuk pembunuhan, penyeksaan dan penahanan secara haram ketika beliau merupakan antara komander utama Kosovo Liberation Army (KLA). Menurut mahkamah, Thaci bertanggungjawab terhadap pembunuhan 96 individu yang dianggap lawan politik atau dikaitkan dengan pasukan keselamatan Serbia sepanjang konflik berkenaan. Thaci bagaimanapun menafikan semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dan berdiri…
Read More