Indonesia catat 3,385 kes

JAKARTA 18 Sept. – Sebanyak 3,385 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Indonesia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 4,188,529 kes. Kes tertinggi direkodkan di Jawa Timur sebanyak 314 kes, disusuli Jawa Tengah dengan 298 kes, Jawa Barat 238, Sumatera Utara 232, Jakarta 200 dan Kalimantan Timur 175. Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 3,983,140 orang termasuk 7,076 kes pesakit pulih yang dilaporkan hari ini. Sementara itu 185 lagi dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 140,323 kematian..

Read More

Saudi terus catat penurunan kes

RIYADH 18 Sept. – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan 68 kes dalam tempoh 24 jam berbanding 75 kes semalam dan 85 kes pada 16 September lalu. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian pula lima orang berbanding enam semalam dan jumlah kematian kebelakangan ini antara lima hingga enam orang. Berikutan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 546,479 orang dan 8,656 kematian. Sebanyak 77 orang dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 535,450.pesakit pulih. Sementara itu Makkah merekodkan 20 kes diikuti Riyadh 17, daerah Timur tujuh…

Read More

Langkawi : Seorang lagi positif

PUTRAJAYA 18 Sept. – Seorang lagi individu disahkah positif Covid-19 selepas disaring di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan setakat ini sejumlah 10 individu berjaya dikesan sebelum dibenarkan memulakan perjalanan ke pusat peranginan berkenaan. Seramai 2,507 individu sudah disaring iaitu 2,326 individu menjalani saringan di lapangan terbang, manakala 181 individu disaring di Jeti Kuala Perlis. Ia membabitkan 2,468 ujian Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen), dengan 13 individu lagi menjalani Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR), manakala 26 indovidu…

Read More

‘Sesak’ di Kuala Perlis foto lama

PUTRAJAYA 18 Sept. – Gambar yang menunjukkan keadaan orang ramai bersesak di jeti Kuala Perlis sebagaimana ditularkan melalui media sosial adalah gambar lama daripada laporan berita disiarkan pada 20 Ogos 2020. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang menafikan kesahihan gambar itu menjelaskan situasi yang digambarkan itu adalah palsu dan memberi tanggapan negatif berhubung projek rintis Gelembung Pelancongan Langkawi. Pasukan Respons Pantas, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan MOTAC menjelaskan suasana itu boleh mengganggu ketenteraman orang ramai, khususnya penduduk Langkawi. Gambar itu menurut MOTAC juga boleh…

Read More

Brunei Darussalam catat 143 kes

BANDAR SERI BEGAWAN 18 Sept.- Dua lagi kematian dalam kalangan pesakit Covid-19 dilaporkan hari ini melibatkan dua lelaki yang berusia 51 dan 82 tahun, kata Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar. Katanya kes pertama, pesakit mengalami jangkitan paru-paru selepas dijangkiti Covid-19 manakala kes kedua mengalami pelbagai masalah kesihatan dan tidak dikategorikan sebagai kematian Covid-19. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 22 kematian. Dr. Md. Isham berkata, sebanyak 143 kes baharu dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,957 dan dua kluster baharu dikesan iaitu Kluster 4751 dengan 15 kes dan Kluster 4812 dengan…

Read More

23,134 kes harian Filipina

MANILA 18 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini mencatatkan 23,134 kes baharu Covid-19, angka harian kedua tertinggi selepas merekodkan 26,303 pada 11 September lalu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 2,347,550 dengan jumlah kes aktif pula meningkat kepada 184,088 kes. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 255 lagi individu meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 36,583 kematian. Di samping itu, DoH juga merekodkan 27,024 orang pesakit telah pulih dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh meningkat kepada 2,126,879 orang atau 90.6 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More

14,109 kes baharu di Thailand

BANGKOK 18 Sept. – Thailand merekodkan 14,109 kes baharu Covid-19 dan 122 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 1,462,901 kes dan 15,246 orang meninggal dunia. Daripada jumlah kes baharu itu, 13,255 adalah melibatkan penduduk awam termasuk enam kes import dan 854 orang banduan. Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) melaporkan dalam kalangan 122 yang meninggal dunia, 118 adalah warganegara Thailand dan selebihnya warga Myanmar manakala 70 adalah lelaki dan peringkat usia pula 34 ke 91 tahun. Bangkok terus merekodkan kes kematian tertinggi iaitu 23 sementara wilayah sekitarnya 26 orang…

Read More

Sarawak, Johor atasi Selangor

PUTRAJAYA 18 Sept. – Jumlah kes jangkitan Covid-19:secara keseluruhan menunjukkan penurunan dengan Sarawak merekodkan 2,929 kes berbanding 3,480 semalam sekaligus terus mendahului negeri-negeri lain. Selangor berada di kedudukan ketiga dengan 1,995 kes berbanding 2,646 semalam di belakang Johor yang merekodkan 2,208 kes berbanding 2,334 semalam. Penurunan kes secara keseluruhan turut mempengaruhi jumlah seluruh negeri hari ini yang merekodkan 15,549 berbanding semalam 17,577 sementara jumlah kumulatif setakat ini 2,082,876. Secara keseluruhan, dua negeri melebihi 2,000 kes, enam negeri melepasi 1,000 kes dan dua negeri lebih 500 kes, tiga negeri lebih 100…

Read More

Daftar vaksinasi belum capai 80 peratus

PUTRAJAYA 18 Sept. – Sasaran 80 peratus penduduk dewasa divaksinasi  mungkin ‘terganggu’ apabila  8,479,301 orang atau kira-kira 25.9 peratus daripada lebih 32 juta rakyat Malaysia masih belum mendaftar sebagai penerima vaksin. Mengikut rekod, jumlah individu yang berdaftar sebagai penerima vaksin masih belum mencecah 80 peratus daripada populasi negara, dan memerlukan sekurang-kurangnya enam peratus atau sekitar dua juta individu untuk mencapai angka berkenaan. Setakat semalam, 24,178,099 individu mendaftar sebagai penerima vaksin, dengan 2,316,195 daripadanya sedang menunggu untuk menerima dos pertama. Menurut data yang dikeluarkan, hampir 40 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan…

Read More