Penasihat FDA tolak ‘penggalak’

PANEL Penasihat Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) menolak rancangan suntikan penggalak Pfizer kepada warga negara itu sebaliknya mengesyorkan kepada warga emas sahaja.

Keputusan pungutan suara pada Jumaat yang mendapati 16 menolak dan dua menyokong, adalah satu tamparan terhadap usaha Joe Biden untuk meningkatkan perlindungan ketika berlaku penularan jangkitan Covid-19 akibat varian Delta.

Panel itu menyarankan suntikan penggalak untuk mereka yang berumur 65 tahun keatas, dan mereka yang berisiko tinggi mendapat penyakit teruk.

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Vaksin FDA, Dr Arnold Monto berkata: Adakah data keselamatan dan keberkesanan dari ujian klinikal menyokong kelulusan dos penggalak Comirnaty yang diberikan sekurang-kurangnya enam bulan setelah selesai dos utama, untuk digunakan pada individu berusia 16 tahun dan ke atas?”

Sementara itu, Kathleen Hayes, Pegawai Persekutuan FDA berkata: “Undian ini tidak lulus kerana majoriti memilih untuk menolak.”

Selama beberapa jam perbincangan, ahli panel FDA menyuarakan kekecewaan apabila Pfizer hanya memberikan sedikit data mengenai keselamatan dos tambahan.

Katanya, data yang diberikan oleh penyelidik mengenai keselamatan dos penggalak adalah tidak sesuai dengan keadaan semasa AS.

Related posts

Leave a Comment