Saudi terus catat penurunan kes

RIYADH 18 Sept. – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan 68 kes dalam tempoh 24 jam berbanding 75 kes semalam dan 85 kes pada 16 September lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian pula lima orang berbanding enam semalam dan jumlah kematian kebelakangan ini antara lima hingga enam orang.

Berikutan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 546,479 orang dan 8,656 kematian.

Sebanyak 77 orang dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 535,450.pesakit pulih.

Sementara itu Makkah merekodkan 20 kes diikuti Riyadh 17, daerah Timur tujuh dan Madinah lima kes.

Terdapat 2,373 kes aktif dan 361 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment