Sarawak, Johor atasi Selangor

PUTRAJAYA 18 Sept. – Jumlah kes jangkitan Covid-19:secara keseluruhan menunjukkan penurunan dengan Sarawak merekodkan 2,929 kes berbanding 3,480 semalam sekaligus terus mendahului negeri-negeri lain.

Selangor berada di kedudukan ketiga dengan 1,995 kes berbanding 2,646 semalam di belakang Johor yang merekodkan 2,208 kes berbanding 2,334 semalam.

Penurunan kes secara keseluruhan turut mempengaruhi jumlah seluruh negeri hari ini yang merekodkan 15,549 berbanding semalam 17,577 sementara jumlah kumulatif setakat ini 2,082,876.

Secara keseluruhan, dua negeri melebihi 2,000 kes, enam negeri melepasi 1,000 kes dan dua negeri lebih 500 kes, tiga negeri lebih 100 dan yang lain di bawah 100 kes.

Sabah merekodkan 1,395 kes berbanding 1,533 semalam diikuti Pulau Pinang 1,375 (1,462), sementara Kelantan pula angka keseluruhan mencecah 100,000 kes berikutan pertambahan 1,214 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 100,949.

Perak merekodkan 1,120 (1,596) dan Kedah 1,073 (1,173).

Terengganu merekodkan 755 berbanding 719 semalam diikuti Pahang 634 (832), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 382 (366), Melaka 263 (287), Negeri Sembilan 131 (198), Perlis 33 (41), Wilayah Persekutuan Putrajaya sama seperti semalam 31 kes dan Wilayah Persekutuan Labuan 11 (10).

Related posts

Leave a Comment