14,109 kes baharu di Thailand

BANGKOK 18 Sept. – Thailand merekodkan 14,109 kes baharu Covid-19 dan 122 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 1,462,901 kes dan 15,246 orang meninggal dunia.

Daripada jumlah kes baharu itu, 13,255 adalah melibatkan penduduk awam termasuk enam kes import dan 854 orang banduan.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) melaporkan dalam kalangan 122 yang meninggal dunia, 118 adalah warganegara Thailand dan selebihnya warga Myanmar manakala 70 adalah lelaki dan peringkat usia pula 34 ke 91 tahun.

Bangkok terus merekodkan kes kematian tertinggi iaitu 23 sementara wilayah sekitarnya 26 orang iaitu Nakhon Pathom (7), Nonthaburi (6), Pathum Thani (5), Samut Prakan (5) dan Samut Sakhon (3).

Di samping itu, Bangkok turut merekodkan kes tertinggi iaitu 2,843 kes diikuti , Samut Prakan 1,018, Chon Buri 848, Yala 477, Narathiwat 476, Rayong 414, Nonthaburi 399, Prachin Buri 385, Ratchaburi 378 dan Songkhla 370.

Enam kes import pula melibatkan pemain bola sepak Cameroon dan lima warga Thai dari Kemboja.

Setakat Jumaat, sebanyak 130,128 orang mendapatkan rawatan di hospital termasuk 3,701 dalam keadaan serius di mana 760 bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Pada Jumaat pula, sebanyak 13,280 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 1,317,527 orang.

Sementara itu, sebanyak 547,324 dos vaksin Covid-19 diberikan menjadikan jumlah yang lengkap vaksinasi (dua dan tiga dos) mencapai 15.28 juta atau 20.3 peratus penduduk manakala 28.61 juta atau 39.7 peratus menerima dos pertama.

Related posts

Leave a Comment