Langkawi : Seorang lagi positif

PUTRAJAYA 18 Sept. – Seorang lagi individu disahkah positif Covid-19 selepas disaring di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan setakat ini sejumlah 10 individu berjaya dikesan sebelum dibenarkan memulakan perjalanan ke pusat peranginan berkenaan.

Seramai 2,507 individu sudah disaring iaitu 2,326 individu menjalani saringan di lapangan terbang, manakala 181 individu disaring di Jeti Kuala Perlis.

Ia membabitkan 2,468 ujian Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen), dengan 13 individu lagi menjalani Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR), manakala 26 indovidu adalah kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah serta dikecualikan menjalani ujian Covid-19.

Dalam kenyataannya, beliau memaklumkan satu kes dikenal pasti menerusi ujian RTK di KLIA dan berada dalam kategori satu yang kemudiannya diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari.

Related posts

Leave a Comment