‘Sesak’ di Kuala Perlis foto lama

PUTRAJAYA 18 Sept. – Gambar yang menunjukkan keadaan orang ramai bersesak di jeti Kuala Perlis sebagaimana ditularkan melalui media sosial adalah gambar lama daripada laporan berita disiarkan pada 20 Ogos 2020.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang menafikan kesahihan gambar itu menjelaskan situasi yang digambarkan itu adalah palsu dan memberi tanggapan negatif berhubung projek rintis Gelembung Pelancongan Langkawi.

Pasukan Respons Pantas, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan MOTAC menjelaskan suasana itu boleh mengganggu ketenteraman orang ramai, khususnya penduduk Langkawi.

Gambar itu menurut MOTAC juga boleh mengganggu ketenteraman orang ramai, khususnya penduduk Langkawi.

“Orang ramai disaran berhenti menyebarkan berita palsu, sebaliknya merujuk laman sesawang serta media sosial rasmi MOTAC untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini,” menurut kenyataan itu.

Berikutan penularan itu, ramai penumpang yang sudah menempah tiket, tidak hadir hari ini kerana bimbang keselamatan mereka susulan pandemik Covid-19.

Difahamkan ramai yang membatalkan tempahan dan menukar ke tarikh lain.

Related posts

Leave a Comment