Filipina catat 20,336 kes

MANILA 17 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 20,336 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,324,475. Pada masa yang sama, sebanyak 310 meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 36,328 kematian. Setakat pukul 4; petang ini, 10,028 pesakit dilaporkan sembuh dan ini meningkatkan lagi jumlah pulih kepada 2,100,039 kes atau 90.3 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula sebanyak 188,108 atau 8.1. Daripada jumlah keseluruhan kes dicatatkan di negara ini, 8.1 % (188,108) adalah kes aktif, 90.3 % (2,100,039) pulih, dan 1.56 % (36,328) meninggal dunia.  

Read More

14,555 kes baharu di Thailand

BANGKOK 17 Sept. – Sebanyak 14,555 kes baharu Covid-19 dan 177 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,448,792 dan 15,124 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, terdapat 13,765 kes melibatkan penduduk awam termasuk sembilan kes import dan 790 dalam kalangan banduan Semalam, Khamis, sebanyak 13,691 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada 1,304,247 orang sembuh. Bangkok merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,911 kes diikuti Samut Prakan 1,110, dan Chon Buri 935. Sembilan kes import pula melibatkan lima dari Kemboja, dua Myanmar dan setiap…

Read More

17,577 kes baharu, Sarawak tertinggi

PUTRAJAYA 17 Sept. – Sarawak kekal mencatatkan kes harian tertinggi hari ini iaitu 3,480 kes, disusuli Selangor 2,646 kes dan Johor 2,334. Empat negeri lagi merekodkan lebih 1,000 kes didahului Perak 1,596, Sabah 1,533, Pulau Pinang 1,462 dan Kedah 1,173. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata secara keseluruhan kes positif harian peringkat negara adalah 17,577 berbanding 18,815 kes semalam. Katanya, peningkatan jangkitan di semua negeri menjadikan keseluruhan kes positif di Malaysia melonjak kepada 2,067,327 kes. Kelantan merekodkan 869 kes diikuti Terengganu 719, Kuala Lumpur 366, Melaka 287, Negeri…

Read More

21.7 juta terima dos pertama

PUTRAJAYA 17 Sept. – Setakat malam tadi, sejumlah 21,783,871 individu atau 66.7 peratus daripada lebih 32 juta populasi di negara ini sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) pada masa yang sama, sebanyak 17,973,545 individu atau 55 peratus daripada populasi negara sudah mendapat suntikan lengkap vaksin. Semalam, sebanyak 202,298 dos vaksin Covid-19 diberikan di seluruh negara yang meliputi 62,108 adalah dos pertama, manakala 140,190 dos lagi suntikan lengkap vaksin berkenaan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan suntikan yang sudah diberikan adalah 39,685,414. Berdasarkan kapasiti suntikan…

Read More

PM Lee terima dos penggalak

SINGAPURA 17 Sept. – Perdana Menteri Lee Hsien Loong menerima dos penggalak vaksin Covid-19 di Hospital Besar Singapura (SGH) hari ini selepas hampir lapan bulan mendapatkan dos kedua. Dos penggalak adalah untuk individu yang mempunyai daya imun sederhana atau lemah, serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan penduduk di kemudahan jagaan warga emas. Dalam satu catatan Facebook, Lee, 69 p, menggalakkan individu lain untuk mengambil dos penggalak jika ia diberikan kepada mereka. “Kes-kes meningkat dengan pantas. Suntikan dos penggalak akan meningkatkan perlindungan anda terhadap covid19,” kata  Lee. “Jika…

Read More

Wanita korban ke-59 Singapura

SINGAPURA 17 Sept. – Wanita berusia 72 tahun menjadi korban ke-59 jangkitan Covid-19 di Singapura selepas mengalami simptom pada 4 September dan diuji positif koronavirus pada 6 September. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) semalam, wanita itu belum divaksin terhadap Covid-19 dan ada sejarah sakit dada yang luar biasa, penyakit Graves, tekanan darah tinggi dan dislipidaemia. Singapura melaporkan 906 kes tempatan baharu Covid-19 setakat 12 tengah hari Khamis merangkumi 803 kes dalam masyarakat dan 103 kes melibatkan penghuni asrama pekerja.. Dalam kalangan kes tempatan baharu itu, 244 adalah warga tua berusia atas…

Read More

Pertimbang vaksin kanak-kanak

BEIJING: China perlu mempertimbangkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun bagi meningkatkan kadar vaksinasi. Menurut pakar pusat kawalan penyakit China, langkah itu susulan data menunjukkan lebih 70 peratus penduduk negara itu telah menerima vaksin COvid-19. Negara itu selesai memberikan dos lengkap kepada 1.01 bilion individu atau 72 peratus daripada 1.4 bilion populasinya setakat 15 September. Data daripada pihak berkuasa kesihatan menunjukkan China menjadi antara negara yang paling tinggi memberikan vaksin kepada penduduknya. Ketua Pakar Program Imunisasi China di Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit China, Wang Huaqing berkata,…

Read More

Cuba beri suntikan kanak-kanak

HAVANA 17 Sept. – Cuba menjadi negara pertama memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berusia dua hingga 10 tahun dengan menggunakan suntikan vaksin buatan tempatan. Program besar-besaran itu dilaksanakan ketika Cuba melaporkan penularan varian Delta meningkatkan kadar jangkitan dalam kalangan kanak-kanak. Komuniti saintis negara itu meluluskan vaksinasi tempatan Soberana 02 dan satu suntikan vaksin Soberana plus selepas kajian klinikal. Sebelum ini, vaksinasi terhadap kanak-kanak dan remaja berusia 11 hingga 18 tahun dimulakan beberapa minggu lepas. Untuk rekod, negara itu berjaya menghasilkan dua vaksin buatan tempatan, Soberana dan Abdala. Kedua-dua vaksin…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.98

PUTRAJAYA 17 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan terus menunjukkan peningkatan semalam dengan 0.98 berbanding 0.97 pada hari sebelumnya. Lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Sarawak yang merekodkan 1.11. Ini diikuti Perak 1.04, Terengganu 1.04, Perlis 1.03, Pahang 1.02, Pulau Pinang 1.01, Johor 1.01 dan Kelantan 1.00. Sementara itu, tujuh negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan. Sabah merekodkan 0.93, Melaka 0.91, Kedah 0.88, Putrajaya 0.86, Negeri Sembilan 0.86, Selangor 0.84 dan Kuala Lumpur 0.82. Labuan, yang telah mencapai imuniti kelompok mencatatkan 11 kes baharu Covid-19. Kadar kebolehjangkitan…

Read More