Cuba beri suntikan kanak-kanak

HAVANA 17 Sept. – Cuba menjadi negara pertama memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berusia dua hingga 10 tahun dengan menggunakan suntikan vaksin buatan tempatan.

Program besar-besaran itu dilaksanakan ketika Cuba melaporkan penularan varian Delta meningkatkan kadar jangkitan dalam kalangan kanak-kanak.

Komuniti saintis negara itu meluluskan vaksinasi tempatan Soberana 02 dan satu suntikan vaksin Soberana plus selepas kajian klinikal.

Sebelum ini, vaksinasi terhadap kanak-kanak dan remaja berusia 11 hingga 18 tahun dimulakan beberapa minggu lepas.

Untuk rekod, negara itu berjaya menghasilkan dua vaksin buatan tempatan, Soberana dan Abdala.

Kedua-dua vaksin itu diluluskan untuk kegunaan kecemasan oleh pihak berkuasa tempatan dan kini dalam proses menyerahkan maklumat kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Related posts

Leave a Comment