Kadar kebolehjangkitan 0.98

PUTRAJAYA 17 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan terus menunjukkan peningkatan semalam dengan 0.98 berbanding 0.97 pada hari sebelumnya.

Lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Sarawak yang merekodkan 1.11.

Ini diikuti Perak 1.04, Terengganu 1.04, Perlis 1.03, Pahang 1.02, Pulau Pinang 1.01, Johor 1.01 dan Kelantan 1.00.

Sementara itu, tujuh negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan.

Sabah merekodkan 0.93, Melaka 0.91, Kedah 0.88, Putrajaya 0.86, Negeri Sembilan 0.86, Selangor 0.84 dan Kuala Lumpur 0.82.

Labuan, yang telah mencapai imuniti kelompok mencatatkan 11 kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment