14,555 kes baharu di Thailand

BANGKOK 17 Sept. – Sebanyak 14,555 kes baharu Covid-19 dan 177 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,448,792 dan 15,124 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, terdapat 13,765 kes melibatkan penduduk awam termasuk sembilan kes import dan 790 dalam kalangan banduan

Semalam, Khamis, sebanyak 13,691 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada 1,304,247 orang sembuh.

Bangkok merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,911 kes diikuti Samut Prakan 1,110, dan Chon Buri 935.

Sembilan kes import pula melibatkan lima dari Kemboja, dua Myanmar dan setiap satu dari Amerika Syarikat dan Perancis

Related posts

Leave a Comment