Filipina catat 20,336 kes

MANILA 17 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 20,336 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,324,475.

Pada masa yang sama, sebanyak 310 meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 36,328 kematian.

Setakat pukul 4; petang ini, 10,028 pesakit dilaporkan sembuh dan ini meningkatkan lagi jumlah pulih kepada 2,100,039 kes atau 90.3 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes aktif pula sebanyak 188,108 atau 8.1.

Daripada jumlah keseluruhan kes dicatatkan di negara ini, 8.1 % (188,108) adalah kes aktif, 90.3 % (2,100,039) pulih, dan 1.56 % (36,328) meninggal dunia.

 

Related posts

Leave a Comment