17,577 kes baharu, Sarawak tertinggi

PUTRAJAYA 17 Sept. – Sarawak kekal mencatatkan kes harian tertinggi hari ini iaitu 3,480 kes, disusuli Selangor 2,646 kes dan Johor 2,334.

Empat negeri lagi merekodkan lebih 1,000 kes didahului Perak 1,596, Sabah 1,533, Pulau Pinang 1,462 dan Kedah 1,173.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata secara keseluruhan kes positif harian peringkat negara adalah 17,577 berbanding 18,815 kes semalam.

Katanya, peningkatan jangkitan di semua negeri menjadikan keseluruhan kes positif di Malaysia melonjak kepada 2,067,327 kes.

Kelantan merekodkan 869 kes diikuti Terengganu 719, Kuala Lumpur 366, Melaka 287, Negeri Sembilan 198, manakala Perlis 41, Labuan 10 serta Putrajaya 31.

Sebanyak 22,970 kes sembuh direkodkan setakat hari ini menjadikan jumlah kumulatif sembuh sehingga kini ialah 1,823,248 kes.

Sebanyak 1,223 kes pula dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat Jumaat, dengan 720 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, KKM juga mengesan sebanyak 19 kluster baharu menjadikan jumlah kluster aktif ketika ini 1,387 kluster.

Daripada jumlah jangkitan baharu yang direkodkan hari ini, 244 kes (1.4 peratus) melibatkan kategori 3,4 dan 5, manakala 17,333 kes (98.6 peratus) kategori 1 dan 2.

Dr Noor Hisham memaklumkan kapasiti dan penggunaan katil Covid-19 sehingga 5 petang, 16 September adalah 70 peratus melibatkan bukan Unit Rawatan Rapi (ICU), manalaka 76 peratus melibatkan katil ICU.

Related posts

Leave a Comment