Wanita korban ke-59 Singapura

SINGAPURA 17 Sept. – Wanita berusia 72 tahun menjadi korban ke-59 jangkitan Covid-19 di Singapura selepas mengalami simptom pada 4 September dan diuji positif koronavirus pada 6 September.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) semalam, wanita itu belum divaksin terhadap Covid-19 dan ada sejarah sakit dada yang luar biasa, penyakit Graves, tekanan darah tinggi dan dislipidaemia.

Singapura melaporkan 906 kes tempatan baharu Covid-19 setakat 12 tengah hari Khamis merangkumi 803 kes dalam masyarakat dan 103 kes melibatkan penghuni asrama pekerja..

Dalam kalangan kes tempatan baharu itu, 244 adalah warga tua berusia atas 60 tahun.

Setakat Khamis, Singapura melaporkan sejumlah 74,848 kes jangkitan Covid-19 dan 59 kematian akibat jangkitannya.

Related posts

Leave a Comment