Arab Saudi catat 85 kes baharu

RIYADH 16 Sept. – Buat hari keenam, jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi berada di bawah paras 100 dengan hari ini merekodkan 85 kes. Angka itu menunjukkan trend penurunan berbanding 88 kes semalam dan 96 pada hari sebelumnya. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini 546,336 manakala kes kematian pula meningkat kepada 8,645 termasuk lima kes baharu. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 49 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan 535,309 orang. Makkah merekodkan 20 kes diikuti Riyadh 19 dan Madinah 9. Sebanyak 2,382…

Read More

Brunei Darussalam tambah 109 kes

BERAKAS 16 Sept. – Brunei Darussalam merekodkan 109 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 4,675 kes, kata Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar. Di samping itu, empat kluster baharu dikesan iaitu Kluster 4163 dengan tujuh kes; Kluster 4329 dengan enam kes; Kluster 4571 sebanyak empat kes dan Kluster 4360 sebanyak tujuh kes. Semua kes kluster baharu ini termasuk juga kes yang sebelum ini tidak diketahui punca jangkitannya. Di samping itu terdapat 25 kes tambahan melibatkan 14 kluster aktif di mana mereka yang terlibat adalah individu yang dikuarantin dan mempunyai kontak…

Read More

Langkawi: Lima kes positif dikesan

PUTRAJAYA 16 Sept. – Sebanyak lima kes positif Covid-19 dikesan melalui saringan ujian RTK-Ag terhadap 2,528 individu yang mahu ke Pulau Langkawi hari ini, di empat pintu masuk lapangan terbang dan terminal feri di Kuala Perlis. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga pukul 12 tengah hari,  seramai 2,546 disaring di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi. Katanya, ia membabitkan sejumlah 1,250 individu yang disaring di empat pintu masuk lapangan terbang dan 1,296 individu lagi melalui jeti feri di Kuala Perlis. Sejumlah enam individu menjalani ujian…

Read More

Thailand 13,897 kes, 188 kematian

BANGKOK 16 Sept. – Thailand merekodkan 13,897 kes baharu Covid-19 dan 188 kematian dalam tempoh 24 jam, demikian menurut Kementerian Kesihatan Awam. Daripada jumlah kes itu, 13,503 melibatkan penduduk awam termasuk sembilan kes import dan 394 banduan penjara. Jumlah kes sembuh pula, semalam merekodkan 13,527 orang menjadikan jumlah keseluruhan 1,290,556 orang. Bangkok merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,886 kes diikuti Samut Prakan 1,455 dan Chonburi 973 Sembilan kes import pula melibatkan ketibaan lima orang dari Kemboja dan masing-masing satu dari Israel, Amerika Syarikat , Myanmar dan Malaysia.  

Read More

Kes jangkitan baharu 18,815

PUTRAJAYA 16 Sept. – Malaysia merekodkan sejumlah 18,815 kes jangkitan baharu COVID-19 setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif virus berkenaan meningkat kepada 2,049,750 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak terus menjadi penyumbang kes jangkitan harian tertinggi dengan 3,660 kes, diikuti Selangor dengan 2,718 kes dan Johor, 2,206 kes. Lima negeri merekodkan lebih 1,000 kes iaitu Sabah 1,982, Pulau Pinang 1,777, Perak 1,446, Kedah 1,233 dan Kelantan 1,222. Terengganu pula mencatatkan 814 kes; Pahang (712); Kuala Lumpur (493); Melaka (269); Negeri Sembilan…

Read More

21,261 kes baharu di Filipina

MANILA 16 Sept. – Jabatan Kesihatan mencatatkan 21,261 kes tambahan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 2,304,192 kes. Setakat pukul 4 petang ini juga, jumlah kematian meningkat kepada 36,018 orang selepas 277 lagi dilaporkan meninggal dunia. DoH juga merekodkan 13,644 pesakit sembuh dan ini menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 2,090,228 orang atau 90.7 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula sebanyak 177,946 iaitu peningkatan berbanding semalam yang merekodkan 170,446 kes. DoH juga menjangkakan peningkatan kes beberapa hari lagi berikutan dua makmal yang gagal menyerahkan data mengenai Sistem…

Read More

Majoriti BID disebabkan Delta

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Majoriti kes kematian Covid-19 di luar hospital (BID) di negara ini adalah disebabkan oleh varian Delta, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Katanya aktiviti jujukan genom yang dijalankan mendapati daripada 29 kes BID yang dipilih, sekurang-kurangnya 20 kes dikenal pasti disebabkan oleh varian membimbangkan (VOC) itu. Katanya, dapatan itu diperoleh hasil aktiviti jujukan genom oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap 52 kes kematian akibat Covid-19 setakat 25 Ogos lalu. Beliau berkata, dari segi jenis kematian, 23 adalah kematian di hospital, manakala 29 lagi kematian BID. Daripada…

Read More

Pelancong positif dikuarantin 10:hari

LANGKAWI 16 Sept. – Pelancong yang dikesan positif sebaik tiba di pulau peranginan ini akan terus dibawa ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) sebelum diminta menjalani kuarantin selama 10 hari, kata Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor. Beliau berkata pihaknya sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk membuka Pusat Kuarantin dan Rawatan (PKRC) di Lapangsasar Antarabangsa Langkawi Malaysia (LISRAM). Katanya, anggota pasukan keselamatan dan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) mencukupi bagi memantau kemasukan pelancong sebaik mereka tiba di lapangan terbang atau terminal feri. “Penduduk tempatan tidak perlu risau, kita ada cukup anggota polis,…

Read More

UNICEF gesa buka semula sekolah

MANILA 16 Sept. – Agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) UNICEF menggesa pembukaan semula sekolah secepat mungkin di negara-negara, yang jutaan pelajar masih tidak dibenarkan meneruskan pelajaran di bilik darjah. Menurut laporan UNICEF hari ini, sekolah-sekolah di sekitar 17 negara masih ditutup sepenuhnya, manakala di lagi 39 negara, belum dibuka sepenuhnya, 18 bulan selepas pandemik Covid-19 berlaku. Antara yang “hampir ditutup sepenuhnya” adalah sekolah-sekolah yang dihadiri oleh hampir 77 juta pelajar di Filipina, Bangladesh, Venezuela, Arab Saudi, Panama dan Kuwait. Hampir sepertiga daripada jumlah itu berasal dari Filipina, yang sedang…

Read More

17.8 juta individu lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 16 Sept. – Setakat semalam, sebanyak 76.2 peratus atau 17,833,355 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19. Menurut data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), penerima dos pertama pula adalah sebanyak 92.5 peratus atau 21,719,553 orang. Jumlah vaksinasi harian semalam adalah 248,810 dos iaitu 68,534 dos pertama dan 180,278 dos kedua, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 39,483,116 dos. Dalam tempoh 24 jam itu, Johor merekodkan angka penerima dos kedua tertinggi dengan 33,058 dos,…

Read More